Ketua Jurulatih PKNS FC, Datuk K. Rajagobal sangat kecewa dengan prestasi skuad Red Ants selepas mereka mengalami kekalahan 1-2 menentang Terengganu FC (TFC) dalam perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, Jumaat malam.
Bekas jurulatih pasukan kebangsaan itu berkata, para pemain gagal mencipta peluang menjaringkan gol dan kekurangan kesungguhan pada separuh masa pertama, tetapi memperbaiki permainan mereka pada separuh kedua perlawanan.
"Saya gembira pada babak kedua kerana mereka (pemain) lebih banyak berusaha dan bertenaga untuk menjaringkan gol. Bagi saya, kita seharusnya menamatkan permainan dengan mudah setelah mendapat beberapa peluang tetapi jelas mereka melepaskannya, dan sebaliknya memberi gol yang mudah pada minit akhir perlawanan kepada pihak lawan, "katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.
Pada masa yang sama, Rajagobal mengakui bahawa dia perlu mengatasi masalah di garis belakang pasukan yang lemah yang mengakibatkan gawang dibolosi 16 kali dalam tujuh perlawanan terakhir.
Oleh itu, beliau menggesa pasukannya untuk bangkit semula dan menjamin keputusan positif dalam tiga perlawanan liga terakhir menentang Pahang, Melaka dan Selangor untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam jadual kedudukan.
Dalam pada itu, pengendali TFC, Mohd Nafuzi Mohd Zain berpuashati dengan kutipan tiga mata berkenaan setelah gagal mencatat kemenangan menentang PKNS FC dalam saingan liga sebelum ini.
"Para pemain bekerja keras untuk mencatat kemenangan ini dan sebelum perlawanan, tiada siapa percaya kita mampu menewaskan PKNS FC, namun saya percaya dengan kemampuan pemain saya kerana mereka bermain mengikut arahan," katanya.
Pada aksi di Shah Alam, pemain import dari Uzbekistan, Sanjar Shaakhmedov meletakkan TFC di hadapan pada minit ke-34, sebelum skuad Semut Merah menyamakan kedudukan pada minit ke-83 menerusi pemain import dari Thailand, Kittiphong Pluemjai.
Skuad Penyu bagaimanapun berjaya mengesahkan tiga mata penuh menerusi jaringan Nasrullah Haniff Johan, selang empat minit kemudian.
Kemenangan tersebut menyaksikan TFC naik satu anak tangga ke kedudukan keenam dengan kutipan 27 mata, manakala PKNS FC kekal di tangga kelapan menerusi pungutan 20 mata daripada 19 perlawanan setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 06 2019
RAJAGOBAL: Para pemain gagal mencipta peluang menjaringkan gol dan kekurangan kesungguhan pada separuh masa pertama, tetapi memperbaiki permainan mereka pada separuh kedua perlawanan. - Gambar fail
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
"Keadaan Faisal Halim bertambah baik, tunggu sidang media tengah hari ini" - Shahril
Timbalan Presiden FAS memaklumkan akan berkongsi perkembangan lanjut berkenaan keadaan Faisal tengah hari ini.
Liga Super: Tangan Kamal Azizi patah terkena bola sepakan pemain Kuching City
Kamal dikeluarkan seawal minit pertama perlawanan selepas bola sepakan pemain pertahanan Kuching City terkena tangan kanannya.
Lima pemain Vietnam ditangkap salah guna dadah
Kelab itu difahamkan bakal menamatkan kontrak pemain yang terlibat dalam ke penyalahgunaan dadah itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 Mei 2024.
Polis tingkat kawalan keselamatan pemain TFC
Polis Terengganu meningkatkan kawalan keselamatan terhadap pemain Terengganu FC (TFC) susulan insiden serangan yang menimpa dua pemain bola sepak tempatan pada Khamis dan semalam.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.